Wednesday, December 28, 2011

dapat juga merasa ns arab..hehe

smalam aku,hubby n ijo,adik ipar yg bongsu g cheras,umah kak ima,kakaknya suamiku.kami ke sana sbb kak ima nak belanja ijo makan nasi arab kat cyber city.nama restoran tu " mat'am saba'".kt sana kami mkn sggh.aku order shish towuk, jus pineapple n nasi mandi( nama arab)hehe.km sama2 merasa hidangan masing2.

dh hbs smua,km beransur blk.aku rasa puas ht jugakla dpt g mkn kt ctu.mgkn pglmn slm aku kt mesir,aku sll mkn bnd2 camtu.tp kt sini,cr buatan menu2 tu x sama ng kat mesir.tak se ' urrm ' mkn yg asli,dr tgn org arab sana.tp xpelah,skrg2nya aku dpt rasa smua tu sblm bersalin..hehe.so,tq soo much for hubby sbb blnja aku smlam...kl blh,nak lg...hehe









Read more...

Wednesday, December 21, 2011

tak terhitung dosaku YA ALLAH!!!

Pejam celik. Pejam celik. Mata tidak juga bisa ditutup. Memerhatikan segenap ruang bilik. Terpana pada jam di dinding. Sepantas jarum saat akhirnya pasti berhenti. Tatkala,manusia pasti akan toleh ke belakang. Memikirkan tiap detik yang berlalu. Muhasabah.

Dalam suka duka, mengenang dosa-dosa semalam. Hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diri. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir. Mencari Tuhan, mengingati Tuhan, menyebut-nyebut nama-Nya. Menghadirkan rasa bertuhan agar menyentap sanubari.

"Ya Allah,hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu. Terlalu banyak dosa."

Maka berderailah air mata. Tidak tertahan-tahan lagi. Pada tangisan ia kembali kepada fitrah insani, mencari Tuhan tatkala rasa bersalah. Terlukis kerinduan hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan.

Oh Tuhan.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan. Kiranya aku fikirkan aku sudah cukup bahagia. Tapi adakah aku tenang? Hari-hariku bukan lagi mentaddabur bacaan Al-Quran. Solatku kini bukan lagi khusyuk. Hatiku tidak lagi dijamu dengan roh usrah, tazkirah dan ceramah setiap hari. Aku lalai di sini.

Di sini. Di celah kesibukan.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali ku teguk minuman syaitan. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Aku tidak menyentuh yang bukan halal untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!

Tapi, kurasakan kini ibadahku seakan-akan tiada roh.
Tiada rasa haya' kepada-Mu! Tiada rasa takut kepada-Mu!
Di manakah semangat itu menghilang?
Di manakah air mata yang sering mengiringi bacaan doa?



Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini!". Hati meronta-ronta, lepaskanlah aku! Lepaskan aku daripada perasaan ini. Diri seakan-akan terasa sangat jauh daripada-Mu.

Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". (Surah Al-Ra'd 13:28)

Ku ulang-ulang. Ku panggil-panggil nama-Mu. Ku sebut-sebut nama-Mu. Kembalikanlah aku semula. Usah Kau palingkan aku setelah Kau beri hidayah petunjuk-Mu. Aku ini lemah Ya Allah. Kau peganglah hatiku, tautkanlah hatiku di jalan ini. Aku ingin tenang dalam mencari keredhaan-Mu di setiap perjalanan hidup ini.

Allah.

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa-biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.

Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Aku lalai Ya Allah! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu. Ku panjatkan segala doa kepada-Mu.

"Zikir itu, penghias hati, tasbih menghias lidah. Beruntungnya hati bila masa menguasai, bermegahlah lidah, dengan ucapan sering memuji Allah SWT"

Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, kepada siapa hamba mahu mengadu, sekiranya bukan kepada-Mu? Kepada siapa lagi hendak hamba menagih simpati, jika tidak kepada-Mu? Kepada siapa untuk hamba pinta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku?

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya. Jangan sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau. Amin ya Rabb.

- Artikel iluvislam.com


Read more...

Jadilah Isteri Yang Disenangi Suami


Hayat sesuatu perkahwinan umat Islam pada akhir-akhir ini tidak lama, paling lama boleh bertahan ialah selama lima tahun tetapi yang paling singkat ialah 7 hari. Ketidakserasian dikatakan punca berlakunya perpisahan mereka.

Persoalannya bagaimana perkahwinan itu boleh terjalin kalau tidak serasi. Adakah sebelum berkahwin mereka tidak melihat keserasian itu? Mengapa pula selepas berkahwin baru didapati hubungan mereka tidak serasi?.

Barangkali benarlah kata orang tua-tua, “cinta itu buta”. Sewaktu bercinta mereka tidak nampak cacat celanya. Waktu bermadu kasih, semua yang buruk nampak cantik dan indah belaka. Jadi, keserasian tidak dapat dikesan kerana manusia dikatakan boleh berlakon melindungi watak sebenar.

Walau bagaimanapun hujah keserasian itu tidak begitu kuat untuk diterima kerana keserasian boleh datang selepas berkahwin. Jadi, punca sebenarnya ialah pasangan itu tidak pandai membina keserasian. Suami dan isteri gagal memahami hak dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam ruangan yang terbatas ini saya ingin membawa pembaca untuk menghayati sebuah hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).




Menurut hadis di atas, dua perkara yang sering diabaikan oleh isteri ialah; mentaati suami dan mengakui hak suami. Lazimnya selepas pasangan pengantin diijabkabulkan mereka enjoy dengan kebebasan yang mereka peroleh. Mereka terlupa untuk mengenali secara lebih mendalam isi hati masing-masing atas alasan sudah kenal lama.

Sebenarnya alam perkenalan, bertunang dan alam rumah tangga tidak sama perjalanan hidupnya. Kalau sekiranya selepas berkahwin, gaya hidupnya sama seperti zaman perkenalan sudah tentu akan berlaku kompleks yang tidak kesudahan. Apa tidaknya, tanggungjawab tidak diberi perhatian, hak suami isteri tidak dijaga, dan pantang larang hidup berkeluarga sering dilanggar.

Pada waktu itu kesalahan suami isteri, boleh dimaafkan dengan cara baik kerana darah masih panas dan manis. Tetapi jika setelah tiga bulan kesalahan sama terus diulangi, tentu akan timbul rasa kurang senang hati pasangannya. Ketika itu akan berlakulah pertengkaran kecil.

Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini, si isteri tidak tahu meletakkan ketaatan kepada suami kerana dia menganggap dirinya dengan suaminya sama sahaja. Suaminya tidak ada keistimewaan berbanding lelaki lain yang dia kenali.

Boleh jadi suami sejak berkahwin sehingga ke saat itu, tidak pernah menunjukkan kewibawaannya, ilmunya mungkin kurang, agamanya juga kurang, dan pendapatannya juga mungkin kurang daripada isterinya. Bagaimanakah dalam keadaan itu si isteri boleh menghormati suaminya?

Barangkali kalau suami pada hari perkahwinannya telah menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin, pembimbing, pendidik, tegas, kasih sayang, dan amanah pasti isteri akan taat kepadanya. Biarpun suami tidak ada ilmu sehebat isteri, tetapi dengan kewibawaannya memimpin keluarga, cukup besar ertinya kepada si isteri. Isteri memang mahu seorang lelaki yang boleh membela hidupnya hingga ke akhirat.

Walau bagaimanapun berdasarkan hadis di atas, isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan berboleh pahala seperti berjihad di medan perang.

Menyentuh sikap isteri yang tidak mahu mengakui hak suami, ia berpunca daripada kegagalan suami mendidik isteri pada awal perkahwinan. Mungkin dia tidak tahu apakah hak suami yang perlu dijaga. Kalau tidak masakan isteri tidak boleh menghormati suami dan menjaga haknya.

Tanpa didikan itu, seorang isteri mungkin tidak membenarkan suaminya menyentuh tubuhnya selagi tidak diadakan majlis kenduri kahwin. Ada juga isteri yang tidak membenarkan tubuhnya disentuh suami kerana tidak sanggup mengandung dan masih tidak mahu anak. Malah ada juga isteri yang tidak mahu disentuh suami kerana masih terbayang bekas kekasihnya.

Biasanya dalam keadaan itu suami akan terus bersabar. Dia masih sayangkan isteri, apatah lagi telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mengahwininya, sudah pasti dia cuba memaafkannya. Harapannya lambat laun isterinya akan insaf dan berubah. Tetapi berapa lama dia boleh bersabar?

Sebenarnya dalam Islam suami berhak terhadap tubuh isterinya. Isteri ibarat ladang yang boleh dibajak dan dituai, begitu juga sebaliknya. Tetapi apabila hak itu disekat dan tidak diiktiraf, akan musnahlah segala harapan dan perkahwinan itu hanya menunggu retak. Suami ketika itu tidak akan rasa sayang lagi akan wang pelaburannya dan akan bertindak menceraikan isterinya.

Jadi, isteri perlu pelihara dua perkara di atas untuk disenangi suami dan beroleh pahala yang besar.



Read more...

Bismillah 5 - Fadhilat Bismillah

Ertinya :
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:

1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan.
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara Merawat:


Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. 

Fadhilatnya:

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
2. Luas rezki
3. Menang dalam peperangan.
4. Penerang hati.
5. Dijauhkan dari segala penyakit.
6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim
7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
9. Aman daripada binatang buas.
10. Air laut menjadi tawar.
11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
14. Terselamat dari karam di laut.
15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)
16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.
17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.
18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh


Read more...

Tuesday, December 20, 2011

coretan tentang kehamilan...

setiap pasangan yang berkahwin memang menginginkan anak.justeru itu,bila disahkan isteri hamil,tersangat elok jika mereka sentiasa berdoa kepada ALLAH agar anak yang bakal lahir menjadi anak yang sihat, sempurna,cantik,baik akhlaknya,cerdik,cerdas dan berdoalah apa yang dirasakan baik untuk kelahiran serta kehidupan anak.

setelah usia janin 4 bulan,ketika itulah ALLAH akan meniupkan roh kepadanya.termaktublah Perjanjian antara roh manusia dengan TUHAN.ketika ini jugalah ditetapkan jantina janin tersebut samaada lelaki atau perempuan.beragama islam,yahudi atau nasrani.berapa usia kehidupannya, siapa jodohnya.akan menjadi anak yang baik atau sebaliknya.bagaimana dan di mana dia akan mati.semua telah dicatatkan di LOH MAHFUZ.
APA YANG PENTING,berdoalah agar roh yang ditiupkan kepada janin kita tersebuat sksn melahirkan insan yang sangat brjasa kepada dunia dan memberi manfaat untuk akhirat nanti...ameem ya ROBB!!
Read more...

Wednesday, December 14, 2011

*** DUHAI HATI***

duhai hati
usah gentar meluah rasa
usah gundah menilai makna
hati ini bukan milik sesiapa
hati ini milik kita

duhai hati
usah gentar mengendong cemuh
usah jemu menilai sabar
perjuangan ini likunya kecewa
namun ini bukan lapis alas berputus asa
Read more...

~~~panduan ibubapa cemerlang~~~


** mulakan hidup anak dgn panggilan nama yg baik
** berikan pelukan kepadanya setiap hari
** pandanglah dengan pandangan kasih sayang
** berikan peneguhan setiap kali anak membuat kebaikan
** jgn sesekali mengeluh
** dengarlah cerita anak2 dgn sabar
** tenangkan anak2 setiap kali mereka memerlukannya
** tunjukkan tingkahlaku yang baik
** jgn biarkan anak2 tidur tanpa ciuman kasih sayang.
** sentiasa berdoa untuk kesejahteraannya.
Read more...

**kerana si putera**


erm...bl tgk kenderaan mainan tu, rasanya umah aku ni dh jd mcm kedai mainan.aper tdknya..dh 3 bj kenderaan dh mnjadi milik faqeh.mula2, bila tgk faqeh dh boleh berjalan, aku sendiri sibuk belikan kete yang pertama untuk dia.dgn alasan, senang faqeh nak main bila duk kat laman.aku beli kete yg cukup cute tu dgn harga cm rm45 jer. faqeh sonok sangat2 dpt kete tu.cuma ms tu x pandai sgt nak main sndri.smua kena harapkan bantuan.bila dh biasa n jalan pun dh laju, makin lajula kete tu faqeh bawak.kami semua pun tmpg sonok tgk dia beraksi.

etu tntg hal kete, bl dh besar sikit, aku dan family g jalan2 kt kota bharu.smpt gak sggh mydin, sajer nak bl brg dapur.alkisahnya kat situ, faqeh berkenan lak kat sebiji motor yg comel, berwarna merah.terus dia nak. apalagi tok mi yang sememangnya sayang dan kasihkan cucu sulong ni, terus jer beli motor tu dgn hrg yg cukup2 murah.rm 15 jer..hehe.aku pun rasa x percaya. maka malam tu, impian faqeh menjadi kenyataan. awal2 naik motor tu, faqeh selalu jatuh sbb motor tu ringan sangat2.angkat ngn jari pun boleh. tapi xpe, dia x pernah serik. jatuh tu satu cabaran baginya. lama2 faqeh makin pandai.dia tolak ngan kaki dulu,pahtu bila motor dh gerak laju, trs dia angkat kaki.ader gaya mat rempit gtu..haha.motor pemberian tok mi cukup2 bernilai bagi aku wpun harganya x mahal.faqeh pun suka sangat naik motor ni.asal celik jer mata, terus naik.

bila dh makin besar n umur dh 2 thn lbh, aku tgk gaya faqeh bawak motor mcam nak kayuh bskal. aku pikir mungkin faqeh nak basikal. aku simpn niat utuk belikan basikal utk faqeh. dan sekarng, baba dah belikan sebuah basikal utk faqeh. salah satu cara memujuk sbb nak pisahkan susu.pada awalnya, xde niat nak bl bskl dl,duk meronda kt kedai cari kuda plastik utk faqeh sbb dia berebut nak yang adam punya.anak jiran depan umah. dr pg smpai ptg, aku n suami jelajah kedai, kuda tu dh xde.hbs stock kot.etu yg tukar plan beli basikal tu.aduh..kesian kat baba.nasib x luruh rambut sbb kena 'goreng' ngan gelagat faqeh..hehe.tapi perpun, kn sbrla,dh anak sorang. manja menjadi2 la.

tapi wpun dh beli basikal tu, dh bagi main kt luar, dia tetap berkenan ng kuda plastik tu.naik pening aku dibuatnya.nak x nak, aku kena cari jugak kuda tu untuk faqeh.baru x meragam.aduh..letih betul nak melayan si faqeh ni.tapi bl di fikir2, nak tergelak pun ader. dan kini aku tahu segalanya..bagaimana susah untuk menjaga dan membesarkan anak ni.begitulah susahnya umi dan abi membesarkan aku dulu...kalaula tok mi masih ader, tentu dia tergelak n sonok tgk gelagak cucu dia ni...hehe.tapi ummi ditakdirkan pergi awal, aku redha atas ketentuanNYA. AL-FAATIHAH UNTUK UMMI TERSAYANG!!!
Read more...

Sunday, December 4, 2011

****akhirnya****

semalam dlm pukul 12 lebih,aku dapat mesej dari kawanku adni, dia tanya, dpt interview kpli kat mana. aku pelik gak,xkan tgh mlm buta blh semak status.tp btl la, mmg boleh.aku terus ke meja komp.dgn rasa berdebar2 dan dengan lafaz BISMILLAH, hubby semakkan untuk aku.alhamdulillah, aku diterima untuk menduduki temuduga tersebut.syukur YA ALLAH,atas nikmat rezekimu untuk aku,suamiku dan juga anak2 ku. namun doa dari keluarga dan kawan2 semua tetap aku harapkan.moga intview aku berjalan dengan baik dan mendapat simpati dari pnmuduga nanti...THANK YOU ALLAH!!!
Read more...

Thursday, December 1, 2011

::Cara Membuat Selusuh::

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:

Cara A

1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin

5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin

Cara B

Beristighfar (3 kali)
Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
Al Fatihah (1 kali)
Selawat (11 kali)
Alam Nasyrah (7 kali)
Al-Ikhlas (3 kali)
Al Falaq (3 kali)
An Naas (3 kali)
Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.

Cara C

Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali.
Selawat Syifa (7 kali)
Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali)
Surah al-A'raf ayat 54 (3 kali
Hembus pada air, minyak atau kurma.
Read more...

tak sabar ku menanti kelahiran hero ke dua..hehe


semalam, tggl 1dis 2011, aku ke visionb college untuk temujanji scan baby.bila sampai sana,sglanya dapat ku lihat.dgn ditemani hubby, kami sama2 sengih n gelak bila tengok ragam baby kat dlm belly aku.kjp dia tendang, kejap dia pusing..macam2 ragam.bila time tgk gender, terkejut gak aku sb baby ke dua ni boy jgk.satu angkatan ngan faqeh..hehe. memamng aku rasa nak baby gurl tp xkesampaian, tp aku redha dan trm kasih padaNYA kerana baby ku sihat kt dalam rahimku...dia sekarang dh 1.15kg dah.kira besar dh tu...semakin hari. semakin x sabar aku nak tgk muka baby ni...sayang , mama n baba dh x sabar nak timang sayang..huhu
Read more...

Monday, November 14, 2011

^^ mutiara kata al-Qarni ^^

ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentisa berzikir dan memperbanyakkan doa, maka ia adalah seorang hamba yang SOLEH.


SEPOTONG ROTI KERING DALAM KEAMANAN ITU LEBIH LAZAT DARIPDA MADU DALAM KETAKUTAN. TINGGAL DI KHEMAH TETAPI TERJAGA DARI FITNAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA TINGGAL DI ISTANA YANG PENUH FITNAH.
Read more...

Friday, November 11, 2011

JADILAH PENYEBAB HIDAYAH, BUKAN PENYEBAR DHALALAH

Ù…َÙ†ْ دَعَا Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ù‡ُدًÙ‰ Ùƒَانَ Ù„َÙ‡ُ Ù…ِÙ†َ الأَجْرِ Ù…ِØ«ْÙ„ُ Ø£ُجُورِ Ù…َÙ†ْ تَبِعَÙ‡ُ لاَ ÙŠَÙ†ْÙ‚ُصُ Ø°َÙ„ِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ Ø£ُجُورِÙ‡ِÙ…ْ Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ…َÙ†ْ دَعَا Ø¥ِÙ„َÙ‰ ضَلاَÙ„َØ©ٍ Ùƒَانَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ Ù…ِÙ†َ الإِØ«ْÙ…ِ Ù…ِØ«ْÙ„ُ آثَامِ Ù…َÙ†ْ تَبِعَÙ‡ُ لاَ ÙŠَÙ†ْÙ‚ُصُ Ø°َÙ„ِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ آثَامِÙ‡ِÙ…ْ Ø´َÙŠْئًا

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

(Hadith riwayat Muslim – no.6980)
Read more...

Pam Payu Dara Bajet Untuk Anda

Dalam hal ini jika anda seorang wanita berkerjaya anda memerlukan alat bantu untuk memerah susu ibu dengan lancar. Memahami keperluan anda, Pusat sehenti kelengkapan bayi, One Baby World menyediakan pakej bajet untuk anda memiliki pam payu dara dengan harga murah. Namun sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli pam payu dara, terdapat beberapa kriteria-kriteria yang mesti anda tahu. Memang benar, melakukan perahan menggunakan tangan juga mampu menghasilkan susu, namun menggunakan pam payu dara boleh dianggap sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses perahan susu ibu. Ikuti beberapa panduan ini sebelum anda membeli pam payu dara.

Saiz Dan Berat Pam
Terdapat dua jenis pam payu dara iaitu boleh pam untuk sebelah payu dara dan kedua-dua belah payu dara. Pam payu dara yang bersaiz kecil memudahkan anda membawanya ke tempat kerja atau out-station. Tambahan pula ia ringan. Pam payu dara yang besar biasanya berat dan adakala menyukarkan anda membawanya.

Pam Elektrik Atau Manual
Terdapat pilihan pam payu dara iaitu menggunakan elektrik, bateri atau pam manual. Penghasilan susu ibu adalah tetap sama jika anda memilih salah satu pam ini. Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh memilih pam elektrik/ bateri kerana proses perahan susu ibu dapat dilakukan dengan lebih santai. Namun pastikan anda mudah mendapat bekalan elektrik supaya pam dapat beroperasi dengan lancar. Bagi penggunaan bateri dan pam manual, anda boleh pam di mana jua tempat.

Jangka Hayat
Harga pam payu dara agak mahal di pasaran. Ia merupakan pelaburan buat anda. Pilihlah pam yang sesuai dengan kekerapan penggunaannya dengan mengambil kira ketahanan motornya. Juga pastikan mudah untuk anda mendapatkan alat gantian jika berlaku sebarang kerosakan pada aksesori pam payu dara.

Keberkesanan
Tidak salah anda bertanya kepada teman-teman, jenama pam payu dara yang mereka gunakan. Daripada situ, tanyalah pendapat mereka. Adakah pam itu menyerupai cara hisapan bayi, tidak menyakitkan dan merangsang pengeluaran susu dengan berkesan. Juga tanyalah adakah pam itu mempunyai laras untuk mengawal kekuatan hisapannya. Jika hisapan pam terlalu kuat, ia boleh mencederakan payu dara anda.
Read more...

Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil

Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Sebenarnya tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.

Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.

Perlu diingat, ambil bahan asam dengan jumlah sederhana. Jangan pula memakan jeruk sampai anda menjadi kenyang lalu melupakan jadual pemakanan utama. Perlu diingat, sepanjang kehamilan ini anda memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 300 kalori atau satu hidangan nasi dengan lauk-pauk berbanding sebelum hamil. Cari makanan lain selain jeruk yang masam misalnya air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.

Ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Boleh juga membangkitkan keadaan mual dengan memanfaatkan bau-bauan dari aromaterapi.

Tidak Salah Nikmati Asam
Ramai di kalangan wanita hamil yang mengambil makanan masam seperti acar buah, rojak buah, mangga muda yang dicicah kuah rojak dan pelbagai makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya.

Ada juga di kalangan mereka yang mengambil makanan sebegini seharian sehingga melupakan menu utama yang seimbang. Ia menjadi jalan penyelesaian untuk mengatasi rasa loya dan mual ketika melalui fasa morning sickness di awal trimester.

Malah keadaan sebegini boleh juga terjadi di akhir trimester. Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.

Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.

Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.

Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.

Tip Ambil Makanan Masam
1. Rojak Buah
Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan. Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.

2. Sayuran Masam
Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.

3. Acar
Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.

4. Yogurt
Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.
Read more...

wahai wanita..lindungilah dadamu

HARAM bg seorang wanita bertudung memakai rantai di luar tudung atau rantai labuh di bawah tudung singkat sehingga menampakkan buah rantai dan sebagainya dengan niat hendak menunjuk2.elakkan memakai kerongsang besar di tgh dada.walaupun telah bertudung,dada adalah kawasan yg wajib dilindungi drpd pandangan kaum lelaki agar mereka tidak membayangkan sesuatu yang memberahikan apabila terlihat sesuatu di kawasan tersebut.

HARAM juga bagi wanita yg bertudung mempamerkan anting2 labuh dan besar keluar drpd tudung
( walaupun tidak menampakkan telinga).semua perhiasan ini adalah membawa unsur tabarruj.segala perhiasan di tengkuk dan telinga hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga yg muhrim sahaja.wanita apabila kuar rumah harus menampakkan perhiasan yg zahir di muka dan tangan shj dgn memakai solekan yg minimum dan perhiasan yg ringkas di tgn....
Read more...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...