Friday, June 22, 2012

penting niii!!!

SET PENYUSUAN SHAKLEE

SET B
Kandungan:
-Vitamin B
-Vitamin C
-Vitalea/Multivitamin
-Alfalfa


Sesuai untuk mereka yang:
* Tiada masalah penyusuan
* Ingin memperkayakan susu ibu dengan zat nutrisi
Read more...

Wednesday, June 20, 2012

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah tamar semasa melahirkan Nabi Isa AS. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada tamar di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat". Nabi bersabda lg: "Berilah makanan tamar pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah berkata: "Buah tamar adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah berkata "Orang yang memakan 7 biji tamar yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan". Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah tamar yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". Mai kita pakat makan buah tamar lepas ni....x payah p Pekan Rabu pakcik kurma kat Peruda pun ok...
Read more...
::ucapan terima kasih yang keluar dari mulut orang yang mensyukuri kebaikkanmu akan terdengar lebih merdu daripada kicauan burung dan desiran angin. ia juga jauh lebih indah daripada gemersik reranting pohon atau alunan suara para biduan...
Read more...

Tuesday, June 19, 2012

ikut ' jendela " lagi la!!

Apabila terbaca kisah pengalaman bersalin,tergerak hati aku untuk berkongsi cerita saat aku melahirkan anak kedua ku. Pada 21 januari, aku kembali ke kampung bersama suami dan anak sulungku. Ketika itu aku sedang sarat mengandung 8 bulan lebih. Aku akan berkampung di sana hinggalah aku selamat bersalin dan berpantang . Setelah seminggu di kampung, suamiku kembali semula ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerja.Dia berjanji akan kembali semula apabila aku hendak bersalin nanti.Mengikut kiraan doctor, aku dijangka akan bersalin pada 19 februari.Setiap masa dan ketika, aku melihat kelendar. Menghitung hari, bilakah baby keduaku akan keluar dari rahimku. Dah tak sabar rasanya aku hendak memeluk dan menciumnya. Tungu punya tunggu, sampailah masa dan tarikh yang dinanti. Tapi aku masih belum merasa sakit, apatah lagi merasakan tanda-tanda akan bersalin. Aku terfikir, mungkin terlewat sedikit sebab aku melahirkan anak sulungku lewat satu hari dari tarikh jangka. Semua orang ternanti-nanti bila aku akan bersalin. Aku terus mendapatkan rawatan di klinik seperti biasa. Nurse mengatakan, jika aku masih belum bersalin selepas overdue selama seminggu,aku perlu ke hospital untuk rawatan susulan dan mendapatkan nasihat doktor. Aku perlu berbincang dengan doktor kerana aku telah menandatangi surat untuk cuba bersalin secara normal. Tiba saja di hospital, nurse telah memeriksa bukaan rahimku. Ketika itu, bukaan rahimku cuma 2cm. Aku masih tidak merasa sakit walau sedikit pun. Atas nasihat doctor, aku perlu berada di wad untuk pemantauan. Selama sehari lebih aku di wad, masih tiada tanda-tanda untuk bersalin. Bila aku warded, suami aku kembali semula ke kampung. Jangkaannya aku akan bersalin tapi aku masih tidak merasa apa-apa. Aku berasa sedih dan bimbang kerana setiap orang yang dimasukkan ke wad itu, semuanya telah selamat bersalin. Sehinggalah aku dibenarkan pulang semula dan diminta datang kembali dua hari selepas itu jika masih belum bersalin iaitu cukup sepuluh hari selepas tarikh jangka, iaitu pada 29hb untuk di induce. Pada malamnya, suamiku kembali semula ke Kuala Lumpur kerana aku belum lagi ada tanda untuk bersalin. Aku meminta supaya suamiku tidak kembali ke kuala lumpur pada malam tersebut, kerana hatiku mengatakan yang aku akan bersalin, tetapi dia tetap berkeras untuk kembali. Dalam berat hati dan sedih,aku melepaskannya pergi. Pada malam tersebut,pada tarikh 29 februari, tepat jam 12:30 pg, aku tiba-tiba merasa sakit dan tidak selesa. Aku kerap ke tandas dan aku dapati tanda-tanda akan bersalin telah ada. Setiap minit yang berlalu, rasa sakit semakin kerap sehinggakan aku tidak dapat tidur. Aku terus mundar-mandir di dalam bilik. Aku terus berusaha menahan kesakitan sehinggalah jam 4:30 pagi, aku terus mengejutkan emak mertuaku kerana tidak dapat menahan kesakitan tersebut. Aku terus dibawa ke hospital oleh mertuaku kerana suamiku masih berada di Kuala Lumpur. Rasa sakit yang aku rasa untuk melahirkan anak ke dua ini berbeza dengan sakit semasa melahirkan anak sulungku kerana saat sakit itu datang, rasa untuk meneran itu datang. Sedangkan ketika bersalin kali pertama, aku tidak merasa walau sedikit pun untuk meneran, sehinggalah aku di bedah. Bila diperiksa, rahimku telah terbuka sebanyak 4cm. Rasa sakit semakin kuat sehinggakan aku terus memegang tangan nurse yang bersamaku ketika itu. Melihatkan jarak sakit ku yang datang semakin kerap, doktor meminta izin denganku untuk memecahkan air ketuban. Kesakitan yang aku rasakan semakin kuat sehinggakan aku meminta izin dengan nurse untuk membenarkan emak mertuaku masuk menemaniku. Sekurang-kurangnya, aku dapat berkongsi kesakitan itu. Disebabkan kesakitan yang amat sangat, aku meminta doktor untuk bersalin secara pembedahan tetapi doktor menasihatkan aku untuk cuba bersalin secara normal. Bila bukaan rahimku 8cm, doctor menyuruhku meneran. Aku Cuma diberi masa 45 minit untuk cuba bersalin normal. Aku terus berusaha meneran bila merasakan kontraksi kuat. Airmata tidak henti-henti mengalir. Ibu mertuaku tidak pernah lupa mengingatkan aku supaya sentisa berzikir dan beristighfar, memohon padaNYA agar dimudahkan bersalin. Bermacam-macam cara dan kaedah bersalin aku lakukan seperti mana yang diajar oleh nurse tetapi masih gagal. Keadaan aku pun semakin lemah. Disebabkan keadaan tersebut, doctor cuba membantu dengan kelahiran cara vacuum. Tapi masih gagal. Ditambah pula dengan masalah kekejangan bahagian peha dan kaki semasa proses meneran. Setelah usahaku untuk bersalin normal tidak berjaya dan denyutan jantung bayiku juga semakin lemah, aku disarankan untuk bersalin secara caesarean. Walaupun aku cuba mengelak untuk tidak bersalin secara c-zer, namun apa dayaku. Semuanya ketentuan ALLAH. Pada jam 12:15 tengah hari, aku telah dihantar ke hospital kota baharu kerana pembedahan akan dilakukan di sana memandangkan bilik pembedahan di hospital tersebut sedang digunakan. Aku terus berjuang menahan kesakitan selama berada di dalam ambulans. Apabila sampai di hospital tersebut, aku terus dimasukkan ke bilik bedah kerana aku dikategorikan sebagai kes kecemasan kerana keadaan bayiku yang hampir kelemasan kerana tempoh sakit yang terlalu lama. Doktor telah menelefon suamiku dan meminta kebenarannya untuk menjalankan operasi pembedahan. Suamiku terpaksa pulang pada malam tersebut kerana tiket bas pada siang hari telah habis. Setelah berhempas pulas dan berjuang menahan kesakitan, akhirnya aku selamat melahirkan seorang putera dengan cara pembedahan untuk kali keduanya. Bayiku dilahirkan dengan berat 3.2kg dan terpaksa ditahan di wad selama sehari kerana lemas dan tidak menangis ketika dilahirkan. Doktor mengatakan yang bayiku perlu dipantau untuk memastikannya sihat. Pada hari ke dua, barulah aku dapat memegang dan menyusukan bayiku yang dinamakan MUHAMMAD FAWWAZ AWRA. Walaupun aku terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat untuk melahirkannya, namun aku tetap bersyukur kerana ALLAH masih memberikan aku nyawa dan peluang untuk meneruskan hidup dan dapat melahirkan zuriatku dengan selamat. Walau perit kurasakan setiap kali melahirkan zuriatku, namun aku bersyukur kerana telah dihadiahkan olehNYA dengan dua orang putera yang comel. TERIMA KASIH YA ALLAH!! nukilan saat kesunyian..
Read more...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...