Monday, November 14, 2011

^^ mutiara kata al-Qarni ^^

ibadah adalah kebahagiaan, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa yang terus berzikir, sentisa berzikir dan memperbanyakkan doa, maka ia adalah seorang hamba yang SOLEH.


SEPOTONG ROTI KERING DALAM KEAMANAN ITU LEBIH LAZAT DARIPDA MADU DALAM KETAKUTAN. TINGGAL DI KHEMAH TETAPI TERJAGA DARI FITNAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA TINGGAL DI ISTANA YANG PENUH FITNAH.
Read more...

Friday, November 11, 2011

JADILAH PENYEBAB HIDAYAH, BUKAN PENYEBAR DHALALAH

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

(Hadith riwayat Muslim – no.6980)
Read more...

Pam Payu Dara Bajet Untuk Anda

Dalam hal ini jika anda seorang wanita berkerjaya anda memerlukan alat bantu untuk memerah susu ibu dengan lancar. Memahami keperluan anda, Pusat sehenti kelengkapan bayi, One Baby World menyediakan pakej bajet untuk anda memiliki pam payu dara dengan harga murah. Namun sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli pam payu dara, terdapat beberapa kriteria-kriteria yang mesti anda tahu. Memang benar, melakukan perahan menggunakan tangan juga mampu menghasilkan susu, namun menggunakan pam payu dara boleh dianggap sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses perahan susu ibu. Ikuti beberapa panduan ini sebelum anda membeli pam payu dara.

Saiz Dan Berat Pam
Terdapat dua jenis pam payu dara iaitu boleh pam untuk sebelah payu dara dan kedua-dua belah payu dara. Pam payu dara yang bersaiz kecil memudahkan anda membawanya ke tempat kerja atau out-station. Tambahan pula ia ringan. Pam payu dara yang besar biasanya berat dan adakala menyukarkan anda membawanya.

Pam Elektrik Atau Manual
Terdapat pilihan pam payu dara iaitu menggunakan elektrik, bateri atau pam manual. Penghasilan susu ibu adalah tetap sama jika anda memilih salah satu pam ini. Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh memilih pam elektrik/ bateri kerana proses perahan susu ibu dapat dilakukan dengan lebih santai. Namun pastikan anda mudah mendapat bekalan elektrik supaya pam dapat beroperasi dengan lancar. Bagi penggunaan bateri dan pam manual, anda boleh pam di mana jua tempat.

Jangka Hayat
Harga pam payu dara agak mahal di pasaran. Ia merupakan pelaburan buat anda. Pilihlah pam yang sesuai dengan kekerapan penggunaannya dengan mengambil kira ketahanan motornya. Juga pastikan mudah untuk anda mendapatkan alat gantian jika berlaku sebarang kerosakan pada aksesori pam payu dara.

Keberkesanan
Tidak salah anda bertanya kepada teman-teman, jenama pam payu dara yang mereka gunakan. Daripada situ, tanyalah pendapat mereka. Adakah pam itu menyerupai cara hisapan bayi, tidak menyakitkan dan merangsang pengeluaran susu dengan berkesan. Juga tanyalah adakah pam itu mempunyai laras untuk mengawal kekuatan hisapannya. Jika hisapan pam terlalu kuat, ia boleh mencederakan payu dara anda.
Read more...

Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil

Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Sebenarnya tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.

Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.

Perlu diingat, ambil bahan asam dengan jumlah sederhana. Jangan pula memakan jeruk sampai anda menjadi kenyang lalu melupakan jadual pemakanan utama. Perlu diingat, sepanjang kehamilan ini anda memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 300 kalori atau satu hidangan nasi dengan lauk-pauk berbanding sebelum hamil. Cari makanan lain selain jeruk yang masam misalnya air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.

Ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Boleh juga membangkitkan keadaan mual dengan memanfaatkan bau-bauan dari aromaterapi.

Tidak Salah Nikmati Asam
Ramai di kalangan wanita hamil yang mengambil makanan masam seperti acar buah, rojak buah, mangga muda yang dicicah kuah rojak dan pelbagai makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya.

Ada juga di kalangan mereka yang mengambil makanan sebegini seharian sehingga melupakan menu utama yang seimbang. Ia menjadi jalan penyelesaian untuk mengatasi rasa loya dan mual ketika melalui fasa morning sickness di awal trimester.

Malah keadaan sebegini boleh juga terjadi di akhir trimester. Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.

Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.

Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.

Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.

Tip Ambil Makanan Masam
1. Rojak Buah
Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan. Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.

2. Sayuran Masam
Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.

3. Acar
Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.

4. Yogurt
Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.
Read more...

wahai wanita..lindungilah dadamu

HARAM bg seorang wanita bertudung memakai rantai di luar tudung atau rantai labuh di bawah tudung singkat sehingga menampakkan buah rantai dan sebagainya dengan niat hendak menunjuk2.elakkan memakai kerongsang besar di tgh dada.walaupun telah bertudung,dada adalah kawasan yg wajib dilindungi drpd pandangan kaum lelaki agar mereka tidak membayangkan sesuatu yang memberahikan apabila terlihat sesuatu di kawasan tersebut.

HARAM juga bagi wanita yg bertudung mempamerkan anting2 labuh dan besar keluar drpd tudung
( walaupun tidak menampakkan telinga).semua perhiasan ini adalah membawa unsur tabarruj.segala perhiasan di tengkuk dan telinga hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga yg muhrim sahaja.wanita apabila kuar rumah harus menampakkan perhiasan yg zahir di muka dan tangan shj dgn memakai solekan yg minimum dan perhiasan yg ringkas di tgn....
Read more...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...