Friday, November 11, 2011

Pam Payu Dara Bajet Untuk Anda

Dalam hal ini jika anda seorang wanita berkerjaya anda memerlukan alat bantu untuk memerah susu ibu dengan lancar. Memahami keperluan anda, Pusat sehenti kelengkapan bayi, One Baby World menyediakan pakej bajet untuk anda memiliki pam payu dara dengan harga murah. Namun sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli pam payu dara, terdapat beberapa kriteria-kriteria yang mesti anda tahu. Memang benar, melakukan perahan menggunakan tangan juga mampu menghasilkan susu, namun menggunakan pam payu dara boleh dianggap sebagai alternatif untuk mempercepatkan proses perahan susu ibu. Ikuti beberapa panduan ini sebelum anda membeli pam payu dara.

Saiz Dan Berat Pam
Terdapat dua jenis pam payu dara iaitu boleh pam untuk sebelah payu dara dan kedua-dua belah payu dara. Pam payu dara yang bersaiz kecil memudahkan anda membawanya ke tempat kerja atau out-station. Tambahan pula ia ringan. Pam payu dara yang besar biasanya berat dan adakala menyukarkan anda membawanya.

Pam Elektrik Atau Manual
Terdapat pilihan pam payu dara iaitu menggunakan elektrik, bateri atau pam manual. Penghasilan susu ibu adalah tetap sama jika anda memilih salah satu pam ini. Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh memilih pam elektrik/ bateri kerana proses perahan susu ibu dapat dilakukan dengan lebih santai. Namun pastikan anda mudah mendapat bekalan elektrik supaya pam dapat beroperasi dengan lancar. Bagi penggunaan bateri dan pam manual, anda boleh pam di mana jua tempat.

Jangka Hayat
Harga pam payu dara agak mahal di pasaran. Ia merupakan pelaburan buat anda. Pilihlah pam yang sesuai dengan kekerapan penggunaannya dengan mengambil kira ketahanan motornya. Juga pastikan mudah untuk anda mendapatkan alat gantian jika berlaku sebarang kerosakan pada aksesori pam payu dara.

Keberkesanan
Tidak salah anda bertanya kepada teman-teman, jenama pam payu dara yang mereka gunakan. Daripada situ, tanyalah pendapat mereka. Adakah pam itu menyerupai cara hisapan bayi, tidak menyakitkan dan merangsang pengeluaran susu dengan berkesan. Juga tanyalah adakah pam itu mempunyai laras untuk mengawal kekuatan hisapannya. Jika hisapan pam terlalu kuat, ia boleh mencederakan payu dara anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...